Soal Jawab (faq)

Kami menyediakan soalan beserta jawapan yang telah dipilih dengan teliti dan diambil berdasarkan kekerapan soalan yang pernah ditanya oleh setiap ahli baru sebelum mereka mendaftar dan mendapatkan sistem Vvip Master Topup kami. Semoga FAQ ini dapat memberi pencerahan yang lebih jelas kepada anda.
Vvip Master Topup
The Admin

#1 - Q&A : Pengenalan umum

Produk yang ditawarkan ialah Sistem Applikasi Vvip Master Topup. Sistem ini membolehkan anda untuk melakukan pembelian & penjualan bagi produk-produk topup, pin dan bayaran bil utama di Malaysia dengan kadar diskaun & kadar komisen yang paling tertinggi di pasaran.

Semua pengguna telifon bimbit di Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas dan memiliki pengenalan diri SESUAI untuk mendapatkan sistem ini termasuklah warganegara asing yang menetap dan mempunyai permit yang sah di Malaysia.

Pengguna Pascabayar (Line) dan Prepaid (Topup), kedua-duanya LAYAK untuk memiliki sistem ini.

Tidak. Semua golongan BOLEH mendapatkan sistem ini. Ia sangat sesuai samada mereka seorang pelajar, bekerja makan gaji kerajaan ataupun swasta, bekerja sendiri, penganggur, professional, suri rumah, blacklisted dan lain-lain. 

Kegunaan utama sistem ini ialah untuk anda sendiri melakukan pembelian & penjualan bagi produk-produk topup, pin dan boleh buat bayaran bil utama di Malaysia dengan kadar diskaun & kadar komisen yang paling tertinggi di pasaran.

Tidak semestinya. Sistem ini semata-mata boleh digunakan samada untuk kegunaan anda sendiri atau untuk anda berniaga atau untuk kedua-duanya sekali.

Anda perlu mendapatkan sistem ini dengan SEGERA jika anda masih lagi menggunakan telifon, masih lagi membeli topup di kedai atau masih lagi membayar bil di kaunter. 

Boleh, kerana dengan sistem ini anda dapat membuat pembelian produk dengan harga DISKAUN yang lebih murah berbanding harga jualan di kedai. Sistem ini amat sesuai jika anda ingin MENJIMATKAN lagi kos penggunaan topup/bil telifon anda sekeluarga.

Boleh, kerana sistem ini dapat membantu lagi perniagaan anda bagi MENARIK PERHATIAN pelanggan untuk singgah ke kedai anda untuk membeli topup, pin atau bayar bil.

Boleh kerana setiap syarikat menggunakan server yang berbeza dan kami menggunakan server NERACAGEMILANG.

#2 - Q&A : Pendaftaran keahlian

Cara untuk mendaftar dan mendapatkan sistem ini mudah sahaja, anda boleh terus klik di bahagian PENDAFTARAN dan isi maklumat pada borang yang disediakan dan klik hantar. Kami akan menghubungi anda melalui email vvipmastertopup@gmail.com untuk proses pembayaran & penghantaran.

Harga yang perlu dibayar untuk sistem ini boleh dirujuk pada bahagian PENDAFTARAN dengan pakej-pakej menarik yang ditawarkan.

Pangkat yang ditawarkan kepada anda setelah mendaftar ialah VVIP MASTER TOPUP sahaja dan ini adalah pangkat yang paling tertinggi di dalam mana-mana bisnes topup.

Terdapat banyak jenis pangkat di pasaran, tetapi kami hanya memberikan anda pangkat tertinggi iaitu sebagai MASTER DEALER. Pangkat-pangkat kecil lain yang ada di pasaran contohnya DEALER dan AGENT. 

Perbezaan untuk setiap pangkat -pangkat ini ialah harga pendaftarannya dan kadar komisen yang diberikan kepada anda. Bagaimanapun, pendaftaran kami sebagai Master Dealer adalah yang paling murah dan kami memberikan anda komisen yang paling tertinggi.

Bukti yang mengatakan pendaftaran kami murah dengan komisen paling tertinggi ialah PERBANDINGAN. Anda sendiri boleh mencari di internet untuk menyemak harga dengan komisen yang ditawarkan dan bandingkan.

Pendaftaran untuk sistem ini cuma DIBAYAR SEKALI sahaja seumur hidup.

Ya, harga pendaftaran ini adalah sama. Walaupun sekadar untuk kegunaan sendiri, kerana peratus diskaun yang anda terima dari sistem ini sama dengan peratus keuntungan yang diperolehi oleh orang yang berniaga. Perlu diingat, dengan sistem ini, anda sebenarnya sudah boleh berniaga.

Selepas membuat pembayaran, sistem anda akan diaktifkan selewat-lewatnya dalam masa 2 jam sahaja.

Maklumat yang diperlukan  adalah seperti berikut:-

  1. Nama penuh
  2. No IC/ No passport
  3. Alamat surat menyurat
  4. Alamat Email
  5. Salinan hadapan IC/Passport

* Klik terus ke sini >>> PENDAFTARAN

#3 - Q&A : PAKEJ PILIHAN

Terdapat beberapa jenis pakej pendaftaran yang ditawarkan dan ia bergantung kepada promosi terkini. Anda boleh terus klik di bahagian PENDAFTARAN untuk melihat pilihan harga bagi setiap pakej. Pakej ini sudah termasuk dengan keahlian sebagai agen & sistem bisnes topup kami.

Walaupun harga yang ditawarkan berbeza, komisennya tetap sama. Perbezaan untuk setiap pakej ini adalah item tambahan yang diberikan seperti banting, flyers, printer dan lain-lain.

Mana-mana pakej pun sesuai. Ianya cuma bergantung kepada budget anda & keperluan anda. Jika budget anda rendah, anda boleh bermula dengan pendaftaran yang paling murah.

Jika anda seorang peniaga dan memerlukan kelengkapan seperti banting & printer, anda boleh pilih mana-mana pakej yang mempunyai banting & printer. Ianya juga bergantung kepada budget anda & keperluan anda. Jika budget anda rendah, anda boleh bermula dengan pendaftaran yang paling murah tanpa banting & printer.

Tidak perlu. Pakej yang ditawarkan adalah untuk ahli baru yang belum pernah mendaftar dengan kami. Jika anda pernah mendaftar dengan kami, anda boleh mendapatkan banting atau printer dengan harga yang berasingan. Sebagai contoh, harga 1pcs banting ialah RM7.50 (tidak termasuk pos) & harga 1 set printer ialah RM190 (termasuk pos). Untuk pembelian berasingan ini, anda boleh terus menghubungi admin @ WHATSAPP ADMIN.

Boleh. Anda boleh lihat di bahagian ONLINE SHOP kami.

Ini adalah Bluetooth Printer, bukan Laser Printer atau Inkjet Printer. Sistem ini boleh disambungkan secara bluetooth dengan printer kami tanpa menggunakan wayar. Jika sebelum ni anda pernah menjadi agen topup dengan syarikat lain dan sudah mempunyai Bluetooth Printer sendiri, anda tak perlu mendapatkan printer dari kami. Pastikan printer lama anda boleh disambungkan dengan Applikasi SRS Mobile (Sistem Bisnes Topup).

Kegunaan printer ini adalah untuk mencetak resit transaksi pembelian ataupun pin yang dibeli oleh pelanggan.

Kelebihan printer ini ialah ia tidak mencetak menggunakan ink, sebaliknya menggunakan teknologi pemanasan (thermal) seperti mesin mencetak resit di kedai, 7-Eleven, stesen minyak dan lain-lain

Boleh. Tidak semestinya anda memerlukan printer. Agen yang tiada printer masih boleh mengeluarkan resit dan berikan kepada pelanggan dengan kaedah online (paperless). Anda boleh share resit tersebut terus ke email atau  ke no. whatsapp pelanggan.

Selepas membuat pembayaran, sistem anda akan diaktifkan selewat-lewatnya dalam masa 2 jam sahaja. Selepas itu, admin akan menghubungi anda dengan kata laluan dan anda boleh terus menggunakan sistem topup kami. Untuk barangan yang hendak dipos seperti Starter Pack, Banting atau Printer, pihak kami akan pos pada keesokkan harinya (hari bekerja).

Berikut adalah penerangan terperinci:-

  1. Lakukan pembayaran kepada kami.
  2. Kemudian, pendaftaran akan dilakukan oleh kami.
  3. Selewat-lewatnya dalam masa 2 jam, anda sudah boleh menggunakan sistem bisnes topup ini.
  4. Kami akan mengajar anda Silibus berkenaan bisnes topup & cara menggunakannya.
  5. Bila sudah selesai, anda akan dimasukkan ke dalam group bimbingan kami di Whatsapp untuk sebarang info terkini, memo, nota, soal jawab dan segalanya yang perlu diketahui oleh agen kami.

 

#4 - Q&A : PeMBAYARAN KOMISEN

Terdapat 4 jenis komisen untuk anda, iaitu:-

  1. Komisen dari penjualan topup, pin dan pembayaran bil.
  2. Komisen dari pendaftaran ahli (agen) baru oleh anda sendiri.
  3. Komisen dari rangkaian (networking) anda.
  4. Komisen Bonus Tahun Baru.

Pengiraan untuk penjualan produk topup, pin & bayaran bil adalah sama saja. Sebagai contoh:-

Katakan modal dalam akaun anda ada sebanyak RM100.

CONTOH 1: Anda Nak Jual Topup Kepada Pelanggan Umobile RM30

a) Kadar % diskaun Umobile = 8.7%
b) Anda dapat harga Umobile (RM30 – 8.7%) = RM27.39
c) Pelanggan akan dapat nilai & bayar anda = RM30
d) Anda terus untung (RM30 – RM27.39) = RM2.61
e) Oleh itu baki modal dalam akaun anda sekarang (RM100 – RM27.39) = RM72.61

Kesimpulannya: Pelanggan beli topup dengan anda, ANDA DAPAT KEUNTUNGAN.

CONTOH 2: Anda Nak Beli Topup Untuk Diri Sendiri Celcom RM50

a) Kadar % diskaun Celcom = 5.8%
b) Anda beli topup Celcom RM50 (RM50 – 5.8%) cuma bayar = RM47.10
c) Anda terus jimat (RM50 – RM47.10) = RM2.90
d) Oleh itu baki modal dalam akaun anda sekarang (RM72.61 – RM47.10) = RM25.51

Kesimpulannya: Anda beli topup untuk diri sendiri, ANDA DAPAT PENJIMATAN.

Jika anda berjaya mendaftar ahli baru anda akan mendapat komisen antara RM20 sehingga RM40 untuk setiap seorang.

Komisen ini adalah yang paling besar berbanding komisen penjualan topup, pin dan bayaran bil. Anda boleh memperolehi komisen yang lebih tinggi antara 13% sehingga 33%. Berkenaan dengan komisen ini, anda akan diajar di dalam group bimbingan kami setelah anda menguasai 2 komisen di atas.

Komisen ini bergantung kepada komisen bulanan yang anda terima dari rangkaian (networking) anda & jumlah pendaftaran ahli baru yang anda lakukan pada sesuatu bulan. Peratusan komisen yang anda layak terima adalah antara 1% sehingga 20%.

Pembayaran untuk 4 jenis komisen ini adalah:-

  1. Komisen dari penjualan topup, pin dan pembayaran bil – DIBAYAR TUNAI.
  2. Komisen dari pendaftaran ahli (agen) baru oleh anda sendiri – DIBAYAR TUNAI.
  3. Komisen dari rangkaian (networking) anda – DIBAYAR KE DALAM AKAUN BANK ANDA SETIAP BULAN.
  4. Komisen Bonus Tahun Baru – DIBAYAR KE DALAM AKAUN BANK ANDA SETAHUN 2 KALI.

Tidak boleh. Melainkan anda yang membenarkannya. Jika anda ingin melakukan perkara sedemikian, anda boleh menghubungi Admin untuk mendapatkan Borang Persetujuan daripada pihak syarikat dan perlu mengisinya beserta salinan IC & tandatangan kedua-dua pihak.

Boleh. Jika anda semata-mata mahu menjual topup, pin dan bayaran bil saja, anda cuma layak menerima komisen dari penjualan topup, pin & bayaran bil sahaja. Lain-lain komisen anda tidak layak terima. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau, tiada tindakkan yang dikenakan.

Komisen dari penjualan topup, pin dan bayaran bil untuk semua agen adalah sama saja. Jadi, keuntungan ini bergantung kepada setiap agen. Ada yang berniaga secara online, ada yang berniaga di kedai, di rumah, di kolej, di asrama, di tempat kerja, di pasar malam dan lain-lain tempat. Di sini, kami tidak menghadkan pergerakkan agen. Berniagalah di mana-manapun dan kami sangat mahukan setiap agen kami menjana income yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap agen boleh untung bersih RM1,000 setiap bulan

Tips dari kami ialah belajar tentang sistem topup ini, belajar cara menggunakan sistem ini dan recruit lebih ramai agen supaya rangkaian (networking) anda lebih besar dan lebih ramai.

#5 - Q&A : KEISTIMEWAAN TEAM TITAN NETWORKS

Team Titan Networks adalah komuniti yang ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memberi pencerahan, bimbingan dan sokongan yang berterusan kepada semua agen penjual topup seluruh Malaysia. Agen yang mendaftar dengan kami dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang lebih komprehensif & melahirkan agen topup yang lebih kompetitif berdaya saing di dalam pasaran Bisnes Topup.

VISI KAMI
Membantu setiap individu untuk mencapai kebebasan kewangan melalui konsep pemasaran yang lebih inovatif. Setiap ahli dapat memperolehi hasil pendapatan tidak kurang dari RM3,993.60  pada setiap bulan.

MISI KAMI
Menawarkan platform peluang perniagaan kepada semua pengguna telifon bimbit untuk menjana dan menikmati pendapatan pasif secara berulangan dengan lebih efektif dan lebih efisien.

Kami menyediakan platform tambahan yang terbaik, mudah & pantas untuk semua ahli.

  1. Kami melahirkan lebih ramai leader-leader baru dengan bimbingan berterusan & kempen kenaikkan pangkat.
  2. Kami usahakan bersama-sama dalam penyediaan bahan pengiklanan & pemasaran supaya semua ahli dapat menjana income berpanjangan. 
  3. Kami berikan komisen bisnes topup yang paling tertinggi di pasaran kepada semua ahli tak kira di level ke berapa pun.
  4. Kami mengajar teknik untuk menyimpan & berkongsikan nota beserta gambar supaya ia dapat memudahkan urusan perniagaan semua ahli.
  5. Kami menyediakan silibus pembelajaran asas dan silibus pembelajaran teknikal untuk semua ahli.
  6. Kami berikan ilmu dan info yang komprehensif bagi pemahaman yang lebih jelas untuk semua ahli.
  7. Kami sediakan group bimbingan supaya setiap ahli tidak tercicir di dalam perniagaan dengan sesi soal jawab.
  8. Kami menyediakan website yang boleh digunakan & dirujuk oleh setiap ahli supaya mereka dapat menarik minat lebih ramai agen topup.
  9. Kami mengeluarkan video tutorial berkenaan bisnes topup yang mudah diikuti oleh semua agen baru.
  10. Kami memastikan setiap ahli berpuas hati dengan komisen yang diberikan supaya lebih setia menggunakan sistem bisnes topup ini.

Terlalu banyak keistimewaan yang ada bila bersama dengan kami.

1. Sebagai contoh anda yang sedang membaca Soal Jawab ini. Soal jawab ini serba sedikit telah memberikan anda pencerahan berkenaan bisnes dan tentang kami.

2. Kami menggunakan server topup yang sangat bagus kerana servis yang sangat pantas.

3. Kami memberikan kadar komisen pendaftaran ahli baru yang tertinggi iaitu RM40 untuk seorang ahli.

4. Kami mengadakan kempen & pertandingan di dalam group dengan tawaran yang menarik supaya semua ahli boleh memaksimakan kadar keuntungan.

5. Kami memudahkan kenaikkan pangkat semua ahli tak kira di level ke berapa pun.

Kami berteraskan perniagaan secara online,. Mudah untuk semua ahli, tak perlu keluar rumah, tak perlu membazirkan masa & kos. Oleh itu, cara bimbingan kami juga adalah secara online menggunakan Whatsapp & Facebook untuk berkomunikasi & perkongsian.

Sama sekali tidak. Kami tidak meminta sebarang bayaran yang mahal untuk membimbing anda. Asalkan anda mendaftar & menyertai kami, anda telahpun layak untuk dibimbing secara percuma dan berterusan.

Tidak perlu. Kami tidak mengadakan apa-apa kursus atau seminar. Melainkan jika kami melakukan Road Tour ke setiap negeri untuk Special Preview berkenaan bisnes ini di atas permintaan ahli yang ramai dalam sesuatu kawasan. Sebagai contoh kami pernah mengadakan Special Preview di Johor Bharu, Bangi, Kuantan, Kuala Terengganu, Taiping, Parit Buntar, Seberang Perai & Langkawi yang telah mendapat sambutan yang sangat baik.

Pencapaian terbaik kami adalah pencapaian ahli-ahli kami. Di mana setiap ahli yang menyertai kami terus kekal dan setia bersama kami semenjak dari penubuhan kami pada tahun 2015 sehingga ke harini. Mereka konsisten melakukan bisnes dan terus menjana pendapatan pasif yang kian meningkat setiap bulan tanpa gagal. Selaras dengan apa yang kami bawakan di dalam Visi & MIsi kami.

4 perkataan ini yang melambangkan & membezakan  komuniti Team Titan Network dengan group lain. Kami berikan & kami budayakan…

KERJASAMA
USAHA
KONSISTEN
INOVASI

TIPS daripada ahli-ahli kami yang berjaya menjana income dalam masa yang singkat ialah:-

PANTAS
1. Pantas dalam mempelajari tentang bisnes ini terutamanya pelan pemasaran.
2. Pantas dalam mempelajari penggunaan sistem bisnes topup ini.
3. Pantas dalam melakukan apa yang kami ajar iaitu “Mendaftar Lebih Ramai Agen Topup”.

kami ingin mendengar daripada anda

pertanyaan

Close Menu